Esok PM Umum Bila Orang Bujang Dibenar Rentas Negeri

Esok PM Umum Bila Orang Bujang Dibenar Rentas Negeri. Kemungkinan esok akan diumumkan samaada orang bujang akan dibenarkan merentas negeri mulai minggu depan atau tidak, bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan bujang perlu bersabar menunggu pengumuman Perdana Menteri itu kerana ianya lebih tepat dan bukan dari khabar angin yang tersebar.

Esok PM Umum Bila Orang Bujang Dibenar Rentas Negeri

"Untuk orang bujang, saya difahamkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, maka kita tunggu.

"Saya takut kalau saya umumkan nanti berbeza atau lebih awal daripada Perdana Menteri. Tentu saja banyak perkara akan disebut esok, kita tunggu.

"Kalau tak sebut, baru saya sebut untuk orang bujang (kebenaran rentas negeri). Maka, bersabarlah hingga esok" katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Related Posts

Load comments

Comments