“Jangan Malu Naik Motor” Baru Mula Kerja, Bergaya Ikut Kemampuan

“Jangan Malu Naik Motor” Baru Mula Kerja, Bergaya Ikut Kemampuan.. Tapi bukan semuanya anak muda mampu untuk "tidak" bergaya ikut kemampuan walaupun baru mula bekerja.. 

Semuanya sudah terpengaruh dengan godaan ‘ada kereta barulah nampak kaya dan bergaya’. Maka sebab itu ramai anak muda sanggup berhutang di bank untuk beli kereta pertama mereka.

Walhal mereka sebenarnya belum mampu urus kewangan dan kadang cukup makan saje.. Persoalan di sini, apakah benar orang muda perlu ada kereta dahulu? Kenapa tak gunakan alternatif yang lebih jimat seperti motorsikal?

Seorang pakar pengurusan kewangan, Azizul Azli Ahmad berkongsi 10 Tips Orang Muda Bijak Urus Duit, Guna Motorsikal Sebagai Kenderaan Utama Serta TIDAK Beli Kereta Dulu.

“Jangan Malu Naik Motor” Baru Mula Kerja, Bergaya Ikut Kemampuan

JANGAN MALU NAIK MOTOR!

1. Dik mula kerja jangan pasang impian beli kereta gaji pertama. Belajar naik motor atau LRT saja dik.

2. Malu memang la malu, bila hujan duduk bawah jambatan dik. Tapi sekurangnya kita jujur bergaya ikut kemampuan kita.

3. Jangan ingat yang pakai kereta hebat tu banyak duit dik, ada yang makan pun mintak kawan belanja. Belum hujung bulan duit dah tak ada.

4. Hutang mereka besar dik, kalau pakai City lagi dahsyat dik. Bayar bulan RM856 selama 9 tahun. Kalau hutang EX5 baru RM250 itupun cuma 2 tahun dik. Dah ada anak nanti boleh bawak naik motor petang petang makan angin.

5. Kalau perut dah boroi, isteri peluk kita tak sempat sampai pusat dik. Romantik namanya dik naik motor nie.

6. Tebal muka sekarang tak per dik, dari tebal hutang. Motor boleh jimat banyak benda, cuma kalau berlanggar mungkin tak selamat. Kalau jodoh tak kemana dik, jangan risau.

7. Setakat malu jer dik jangan risau, B**** **** tak malu pun ambik duit orang. Inikan kita baru mula kerja mengada nak beli kereta.

8. Selagi tak kawin jangan beli kereta, kalau mak nak tumpang jalan jalan bukan setiap hari. Kalau mak nak juga sewalah kereta yang ada, lagi mahal dari City pun boleh. Audi kan ada!

9. Kalau risau muka hitam naik motor jangan risau dik, produk kosmetik kan ada (jangan percaya sangat produk putih nie, pakai bedak pun boleh)

10. Belajar tebal muka naik motor, buat simpanan tebal tebal dalam ASB atau Tabung Haji. Azam beli rumah pertama kecil dan sederhana.

Gegadis bijak lagi suka kita ada rumah dari kereta dik, mereka senang nak gubah bunga dan beli barang IKEA.

Semoga berjaya dan jadi hebat dik.

Related Posts

Load comments

Comments