Inilah Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 2020 Di Malaysia Berharga RM1 Juta!

Inilah Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 2020 Di Malaysia Berharga RM1 Juta! Dan ianya dipertontonkan secara langsung di laman Instagram sbkmalaysia_ sebelum ini, yang telah memuatnaik satu foto dan siaran langsung penyerahan sebuah superbike Ducati Superleggera V4 2020 kepada satu-satunya pemilik jentera dua roda tersebut di Malaysia.


Inilah Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 2020 Di Malaysia Berharga RM1 Juta!


Satu-satunya pemilik Ducati Superleggera V4 di
Malaysia itu adalah Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dan acara penyerahan motosikal eksotik itu telah dilangsungkan di Ducati Malaysia, Petaling Jaya.


Ducati Superleggera V4 itu merupakan unit ke 210 dari 500 unit yang dihasilkan seluruh dunia. Ya ianya merupakan edisi terhad.


Inilah Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 2020 Di Malaysia Berharga RM1 Juta!


Apa yang menarik mengenai
Ducati Superleggera V4 ini, pemiliknya diberikan akses untuk merasai prestasi sebenar jentera lumba Ducati Panigale V4R (spesifikasi World SBK) dalam sesi ‘SBK Experience’ di Litar Mugello, Itali.


Foto kredit sbkmalaysia_

Related Posts

Load comments

Comments